Sabtu, 11 November 2017

Realiti



“All our dreams can come true if we have the courage to pursue them.”

Setiap orang di bumi sudah pasti mempunyai impian yang berbeza. Ada yang memasang impian untuk mempunyai kereta mewah. Ada yang inginkan rumah yang besar seperti istana. Dan ada juga yang impikan untuk mempunyai harta yang banyak.

Tapi, kita sentiasa hanyut dalam impian di alam fantasi tanpa kita sedari bagaimana di alam realiti kita.

Tepuk dada tanya iman. Adakah kita ini manusia yang bersyukur dengan nikmat Tuhan?

Perlukah kita hanya duduk berangan-angan tanpa berusaha tetapi mahu mencapai sesuatu impian?

Semestinya tidak.

“There’s no success without struggle.” - Frederick Douglass

Di alam fantasi, kita memang boleh terus bermimpi umpama Mat Jenin yang sentiasa berangan-angan untuk menjadi kaya-raya. Mat Jenin sentiasa berangan-angan di atas pokok, malangnya dia terjatuh. Mahukah kita jadi seperti Mat Jenin?

Namun, sedarkah kita bahawa berdoa kepada Yang Maha Esa juga penting kerana Allah SWT yang menjadikan setiap impian kita itu menjadi fantasi ataupun realiti. Hanya kepada Allah SWT tempat kita memohon.

“Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi Rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh kekuasaanNya.” Adz-Dzaariyaat:8

Apa-apa pun impian kita, usaha itu penting. Dan paling penting juga bertawakal kepada Allah kerana Dia sebaik-baik perancang dalam kehidupan kita. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan