Jumaat, 13 Oktober 2017

7 Perigi Berhantu di UKM: Misteri Yang Masih Menghantui Pelajar UKM

  

Kisah pengembaraan in menceritakan tentang pelajar yang ingin mencari 7 perigi misteri yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pengembaraan ini berlaku ketika minggu belajar pada 10 December 2013. Pelajar-pelajar ini mula berkumpul pada pukul 3 pagi yang terdiri darpada pelajar FTSM,FKAB dari KTHO,KIY dan KUO seramai 8 orang.

Mengikut plan asal, mereka tidak berniat untuk mencari perigi-perigi di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia.Sebaliknya mereka hanya mahu membuktikan kejadian misteri di bukit yang berada di belakang Kolej Aminuddin Baki.Mengikut sumber ,para pelajar pernah melihat identiti misteri di belakang Kolej Aminuddin Baki, kawasan kejadian terletak berhadapan tangki air yang berhadapan dengan pokok besar yang terdapat dalam GPS tetapi tidak dinyatakan.

Terdapat pelbagai versi yang menceritakan kisah tentang perigi-perigi yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Salah satu versi cerita perigi di UKM ialah dikenali sebagai tempat bunian mandi dan checkpoint bas berhantu..Kalau anda bertuah mesti pernah nampak bas shuttle UKM yang menjalankan operasi lepas daripada pukul 12 malam..Bas ni dipandu oleh driver bas betul dalam kata lain manusia, bukan makhuk misteri..Driver bas akan bawak keliling UKM dan akan stop dekat setiap perigi..Mengikut orang yang pernah nampak bas shuttle di luar waktu operasi sepatutnya ni, bas kelihatan kosong tiada penumpang tapi berhenti berdekatan dengan bustop dihadapan KDO berhampiran dengan salah satu kawasan perigi misteri.

Sejauh mana kebenaran mitos ni tak diketahui.Mulut atas mulut ni biasa lah ada tokok tambah. Perigi pertama dan kedua terdapat di hadapan Koleh Dato Onn , perigi ketiga dan dengan perigi keempat terletak berhampiran dengan markas palapes atas Kolej Keris Mas ( KKM ), perigi kelima terletak di padang bola bersebelahan dengan Kolej Rahim Kajai ( KRK ), dan perigi keenam iaitu yang terakhir yang dapat dijumpai berada di hadapan Koleh Burhanuddin Helmi ( KBH ) dihadapan PPU dan perigi ke tujuh masih tidak dapat dijumpai dan kekal misteri.

2 ulasan:

  1. Perigi ketujuh di fuu.
    -Student first year fuu-

    BalasPadam
  2. Serius ke kt fuu?? Belah mana periginya??

    BalasPadam