Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Isnin, 20 November 2017

MALAYSIANS UNITED RUN (MUR 2017)




"Let's Light Up Our children's Future" 

Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkerjasama Institut Onn Jaafar (IOJ) bagi menjayakan sebuah program MALAYSIANS UNITED RUN 2017 yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein di UKM pada 29 Ogos 2017. Program ini dilaksanakan bagi membantu golongan tertentu dari segi kewangan, makanan dan sebagainya. 

Dalam pada itu, Kolej TunSyed Nasir telah menerima Anugerah Penganjuran Program JOM BEKPES Terbaik pada program MUR 2017 yang telah disampaikan sendiri oleh Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Hishammuddin Hussein.


Tempat : Sepang International Circuit (SIC)
Tarikh : 18. November. 2017
Masa : 6 pagi -12 tengahari












Read more ...

Rabu, 8 November 2017

Debaran SUKEM Kian Terasa


Beberapa hari sebelum berlangsungnya Sukan UKM (SUKEM) , para kontijen Pendeta Za'ba giat menjalankan latihan fasa akhir bagi memenangi pingat emas . Ketua kontijen yang diketuai saudara Badrul Haqim menyatakan perhimpunan para atlet pada malam rabu  merupakan yang terakhir sebelum termasya SUKEM bermula.

"Pada masa ini , persiapan mental serta membina semangat sangat penting menjelang termasya SUKEM yang akan berlangsung tidak lama lagi" ."Pelbagai program yang disediakan sepanjang bulan Oktober dan November untuk para atlet dan kita akan turut membawa bekas- bekas atlet untuk memberi motivasi kepada atlet yang bakal bertanding pada tahun ini" . Jelasnya selepas mesyuarat agong Majlis Tertinggi Exco Sukan di Grand Hall di Kolej Pendeta Za'ba .

Pada tahun ini , Kolej Pendeta Za'ba telah mempertaruhkan seramai 200 atlet untuk 29 acara yang dipertandingkan. Berikut merupakan senarai dan jadual yang akan dipertandingkan untuk kejohanan pada tahun ini.





Pada masa yang sama , saudara Badrul Haqim selaku ketua program telah menggesa semua penghuni Kolej Pendeta Za'ba untuk turun sama-sama memberikan sokongan kepada para atlet yang bertanding. "Tanpa sokongan motivasi daripada para penyokong , para atlet tidak mampu bermain pada tahap yang terbaik".

MAMPUKAH KOLEJ PENDETA ZA'BA MELAKAR SEJARAH UNTUK MENJADI JUARA KESELURUHAN ? SAMA-SAMA KITA NANTIKAN.




Read more ...

Isnin, 16 Oktober 2017

Volleyball Open Tournament Anjuran Biro Sukan & Rekreasi KPZ: KPZ A Juara Keseluruhan

Kejohanan bola tampar terbuka UKM 2017 yang dianjurkan oleh Biro Sukan Za’ba telah berlansung dengan jayanya pada Ahad yang lalu, 8 Oktober 2017 di Gelanggang Bola Tampar, Kolej Pendeta Za’ba. Umum mengetahui bola tampar merupakan satu sukan aktif yang memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring disebabkan oleh banyak serangan dari pihak lawan. Kebolehan melompat sangat ditekankan dalam permainan ini.
  
Bola tampar juga merupakan antara salah satu acara sukan Olimpik di mana dua pasukan telah dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada pihak lawan. Setiap pasukan terdiri dari enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, ketika lawan melakukan sebarang kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. 

Acara kejohanan bola tampar terbuka kali ini bermula sekitar 7.00 pagi dan berakhir pada 6.00 petang. Orang ramai mula memenuhi gelanggang bola tampar pada set pertama dan menunggu hingga ke akhir perlawanan bagi memberikan sokongan moral kepada pemain. Rata rata yang hadir merupakan pelajar UKM sendiri khususnya penghuni Kolej Pendeta Za’ba. Acara ini melibatkan 7 kumpulan dan tiga daripadanya merupakan wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Kolej Pendeta Zaba(KPZ A dan KPZ B) serta Kolej Tun Hussein Onn(KTHO). Selebihnya merupakan wakil dari Universiti luar seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), German-Malaysian Institute (GMI), dan Malaysia France Institute (MFI UniKL). 

Setiap kumpulan yang layak ke pusingan seterusnya ditentukan secara kalah mati . Setiap set perlawanan juga ditentukan dengan kumpulan yang berjaya perlu mengumpul agregat atau mata sebanyak 31 mata. 3 mata penentu akan digunakan jika kedua dua kumpulan mendapat mata seri iaitu (31-31). KPZ A menjuarai kejohanan bola tampar terbuka mendahului USIM selaku pemenang tempat kedua dan KPZ B sebagai pemenang tempat ketiga. Ketiga tiga kumpulan pemenang telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai.
Read more ...

Sabtu, 14 Oktober 2017

UKM FC Selangkah Menjadi Juara


UKM FC telah menempah tempat di pentas final Piala FAM, selepas kemenangan yang penuh dramatik pada separuh akhir kedua pada hari Ahad lepas.

UKM FC dan Sime Darby telah mendapat promosi ke Liga Perdana 2018, selepas kemenangan separuh akhir kedua Piala FAM pada hari Ahad lepas. Secara kebetulan, kedua-dua pasukan ikatan dengan jaringan 1-0 pada agregat di gelanggang masing - masing.


Di Stadium Mini UKM, Bangi, jangkaan Sulaiman Husin untuk UKM FC menjadi universiti kedua untuk memasuki Liga Perdana, selepas mereka mengalahkan Shahzan Muda 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang sendiri. UKM FC telah berjaya memecahkan kebuntuan pada masa tambahan.

Dengan masa yang berbekalkan 10 minit yang terakhir dalam masa tambahan, tanda-tanda yang tidak diingini untuk tuan rumah telah terjadi apabila salah seorang pemain mereka harus menerima rawatan di luar padang, sementara mereka telah menggunakan ketiga-tiga pertukaran mereka. Bagaimanapun, ketika physio merawat pemain yang tercedera, Faidzol Fazreen Shamsudin telah menjadi penyelamat sekaligus menjanjikan Shahzan Muda tidak dapat memanfaatkan kelebihan mereka iaitu bermain dengan 11 pemain, telah menjaringkan gol menerusi sepakan sudut.

Dengan beberapa saat yang tinggal , pasukan pelawat mempunyai dua peluang cemerlang dari luar kotak penalti. Tetapi yang percubaan pertama berjaya ditepis oleh penjaga gol UKM FC Khairi Hassan, dan  percubaan kedua hanya singgah di palang gol.

Perlawanan separuh akhir yang lain juga mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-0, apabila Sime Darby mengalahkan Felcra FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Selepas perlawanan pertama berakhir tanpa gol, perlawanan separuh akhir kedua hanya menghasilkan satu gol, dicetak oleh Zul Fahmi Awang pada minit ke-40. Kemenangan itu telah memastikan kepulangan kembali ke Liga Perdana untuk Killer Giant, yang pada akhir musim 2016 diturunkan dari Liga Perdana ke Piala FAM.

 Dengan kedua-dua pasukan telah terjamin ke peringkat Liga Perdana pada tahun hadapan,akan berdepan dengan perlawanan akhir Piala FAM untuk menentukan juara. Perlawanan pertama akan dihoskan oleh UKM pada 15 Oktober, dengan Sime Darby mengendalikan perlawanan pulang pada 22 Oktober. Masa dan tempat kick-off belum diumumkan.





Read more ...