Isnin, 13 November 2017

Za'ba Care -KAMI SEDIA MEMBANTU




link : 
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeeVDW2fFzDDjx2swKxEH_Elapn809HkwQMsU3cPb2QuWxYYQ/viewform?usp=sf_link

Pihak Majlis Eksekutif Pelajar bahagian Kebajikan & Kaunseling baru-baru ini telah melancarkan satu program yang bernama ZA'BA CARE.

Za'ba Care merupakan satu inisiatif yang dihasilkan oleh pihak kaunseling dan kebajikan untuk penuntut yang menetap di Kolej Pendeta Za'ba dengan tujuan agar para siswazah dapat melakukan sebarang aduan, luahan masalah mahupun memberi pendapat.

Mengambil iktibar dari beberapa persitiwa yang pernah berlaku di Kolej Pendeta Za'ba, melalui program ini juga para penuntut boleh melakukan luahan perasaan jika tidak mempunyai sahabat mahupun kenalan yang sudi mendengar permasalahan anda. Dengan moto "Kami sedia Membantu" biro-biro dibawah kendalian MEP ini akan cuba membantu anda dengan mendengar luahan masalah serta memberi sedikir nasihat atau cuba memberi penyelesaian setakat yang mereka mampu. 

Jika ada mengalami sebarang masalah anda hanya perlu membuka link yang tertera kemudian isi Google Form yang telah disediakan. Hanya isi nama, nombor matrik dan nombor telefon jika tidak mahu anda boleh meninggalkan kosong ruangan tersebut. Namun,  di ruangan Kami Sedia Membantu anda masih boleh mengisinya.

*google form Za'ba Care*

Pihak MEP telah menyediakan satu medium yang sangat berguna kepada mahasiswa atau mahasiswi untuk menzahirkan pendapat anda semua. Bukan itu sahaja, cadangan penambahbaikkan juga amat digalakkan. Jadi gunakanlah medium ini dengan sebaik-baik mungkin dan jangan sesekali menggunakan bahasa kesat dan kasar kerana yang mendengar masalah anda juga adalah manusia biasa. 

-Salam Pendeta Za'ba-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan