Isnin, 25 September 2017

Bantuan Kewangan Pelajar Yang Pelajar UKM Sendiri Tidak Pernah Tahu Kewujudannya

 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR, UKM
(PINDAAN TAHUN 2016)

1. NAMA

Skim ini dinamakan sebagai SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR, UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA.


2. TUJUAN

Tujuan tabung ini diadakan ialah untuk memastikan supaya sumber kewangan sentiasa tersedia untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang ditimpa kemalangan secara langsung atau tidak langsung.

3. TAFSIRAN 

Selaras dengan maksud tabung ini juga, iaitu untuk meringankan beban seseorang pelajar atau keluarganya yang ditimpa kematian atau kemalangan, sumbangan juga akan diberikan kepada ibu/bapa/penjaga pelajar-pelajar yang berkenaan, mengikut peruntukkan Tabung ini. Di dalam menimbangkan sesuatu kes yang layak mendapatkan bantuan Tabung Kebajikan ini, perhatian akan diberikan kepada perkara-perkara seperti latar belakang pelajar dan keluarganya, jarak rumah pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya.

4. BANTUAN-BANTUAN 

Bantuan-bantuan skim ini adalah seperti berikut:-
 

4.1. Sumbangan untuk pelajar yang meninggal dunia 
4.1.1 Meninggal dunia - RM 2,000.00.

4.2.
Sumbangan kerana kematian ibu/bapa/penjaga pelajar (diberikan maksimum 2 kali sepanjang tempoh pengajian Universiti)
4.2.1 Pelajar yang menuntut di Kampus Semenanjung Malaysia, yang kematian ibu/bapa/penjaga di Semenanjung akan diberi sumbangan sebanyak RM 500.00.4.2.2 Pelajar Sabah atau Sarawak yang menuntut di Kampus Semenanjung, kematian ibu/bapa/penjaganya di Sabah atau Sarawak akan diberikan sumbangan tambang kapal terbang pergi balik kelas ekonomi dan RM 500.00.

4.3. Sumbangan kerana Kematian Suami/Isteri (seorang sahaja) dan Anak Pelajar (tanpa had)
4.3.1 Pelajar Semenanjung yang menuntut di Kampus Semenanjung Malaysia, kematian suami/isteri/anak di Semenanjung akan diberi sumbangan sebanyak RM 500.00.
4.3.2 Pelajar Sabah atau Sarawak yang menuntut di Kampus Semenanjung, kematian suami/isteri/anak di Sabah atau Sarawak akan diberi sumbangan tambang kapal terbang pergi balik kelas ekonomi dan sumbangan RM 500.00.


4.4. Sumbangan kerana Kematian Ahli Keluarga Pelajar (Abang/Kakak/Adik) Maksimum sekali sahaja kepada:-
4.4.1 Pelajar yang menuntut di Kampus Semenanjung, kematian ahli keluarga di Semenanjung akan diberi sumbangan sebanyak RM 300.00.
4.4.2 Pelajar Sabah atau Sarawak yang menuntut di Semenanjung, kematian ahli keluarga di Sabah atau Sarawak akan diberi sumbangan tambang kapal terbang pergi balik kelas ekonomi dan sumbangan RM 300.00.


5. RAWATAN DI HOSPITAL
  
5.1 Pelajar yang dirawat di hospital semasa cuti semester atau semasa semester akan mendapat sumbangan tabung ini sebanyak RM 100.00/malam. (Bermalam di wad : maksima 5 hari sahaja).

6. KES-KES KHAS

6.1 Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar (TKP) dengan budibicaranya boleh memberi pertimbangan untuk memberi sumbangan kepada pelajar akibat kejadian bencana alam atau kes-kes lain yang difikirkan perlu seperti kebakaran, banjir, kecurian, kemalangan penjaga pelajar, rawatan yang tidak ditanggung oleh Skim Kesihatan Pelajar dan sebagainya.
6.2 Jika satu-satu masa didapati kematian melibatkan dua ahli atau lebih keluarga, bantuan akan digandakan, tetapi tambang (kapal terbang kelas ekonomi pergi balik kelas ekonomi) hanya untuk seorang sahaja.
6.3 Pengerusi Jawatankuasa TKP dengan budibicaranya boleh mempertimbangkan untuk memberi sumbangan kepada pelajar yang memerlukan alat perubatan, alat bantuan hidup dan sebagainya yang telah diperakukan oleh pegawai perubatan (doktor) tidak melebih RM 10,000.00 dan jika lebih hendaklah di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa TKP atau Mesyuarat Pengurusan Universiti.
6.4 Pengerusi Jawatankuasa TKP dengan budibicaranya boleh mempertimbangkan untuk memberi sumbangan kepada pelajar yang memerlukan selain daripada yang dinyatakan di para 6.3 di atas dan diperakukan oleh Ketua Unit Kebajikan Pelajar atau mana-mana pegawai ditentukan Pengerusi Tabung Kebajikan Pelajar yang berkaitan tidak melebihi RM 10,000.00 dan jika lebih hendaklah di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa TKP atau Mesyuarat Pengurusan Universiti.


7. PENTADBIRAN 
Pentadbiran tabung ini diletakkan di bawah pentadbiran satu Jawatankuasa seperti berikut:-
 

Pengerusi - Timbalan Naib Canselor, HEPA.
Setiausaha - Ketua, Unit Kebajikan Pelajar atau mana-mana pegawai
ditentukan oleh Pengerusi
Bendahari - Bendahari, UKM/Wakil
Ahli-Ahli - Ketua, Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
- Pengarah, Pusat Pengajian Siswazah/Wakil
- Ketua, Pusat Kesihatan , UKM
- Ketua, Pusat Khidmat Siswa
- Ketua, Unit Kaunseling, Pusat Khidmat Siswa
- Seorang wakil dari PMUKM
Kelulusan - Permohonan Tabung ini akan diluluskan setelah
mendapat pengesahan Pengerusi dan dihantar ke
Bendahari untuk proses pembayaran


8. PERMOHONAN
  
8.1 Permohonan bagi mendapatkan bantuan ini boleh dibuat oleh waris pelajar atau kakitangan kolej/ Fakulti/Pusat bagi kes-kes kematian pelajar atau pelajar sendiri bagi kes-kes yang lainnya, dengan mengisikan 2 salinan borang yang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, Pusat Khidmat Siswa(PKS).
8.2 Semua permohonan yang dikemukakan oleh pelajar/wakilnya bagi kes-kes seperti perkara 4 hingga 6 di atas, hendaklah menyertakan bersama-sama borang yang telah disempurnakan salinan salinan surat kematian, bil-bil rawatan perubatan, laporan polis, kad matrik, no. kad pengenalan dan salinan-salinan surat lain yang berkaitan.
8.3 Permohonan bagi perkara 4 hingga 5 di atas boleh diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar dengan budibicaranya dan dihantar ke Bendahari untuk proses pembayaran. Sementara itu bagi kes-kes dalam perkara 6, boleh diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar tetapi tidak melebihi RM 10,000.00. Sementara bagi kes-kes yang melibatkan kelulusan peruntukan melebihi RM 10,000.00 perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar atau Mesyuarat Pengurusan Universiti.


Muat Turun Untuk Maklumat Lanjut
Klik Gambar untuk Maklumat Lanjut 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan