Rabu, 18 Oktober 2017

Kejadian peras Ugut, Mahasiswi Menjadi Sasaran


Isu memeras wang bukanlah lagi sesuatu yang asing di UKM kebanggaan negara ini. Namun, akhir-akhir ini kelihatan kejadian ini semakin berleluasa. Lebih menakutkan ‘pemangsa’ ini sudah berani menunjukkan belangnya pada khalayak ramai. Isu ini amat membimbangkan. Tambahan pemangsa ini memilih kaum wanita sebagai mangsa modus operandinya.

Terbaru kejadian ini berlaku di Kafe Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) dan sekitar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Ternyata sudah ramai yang menjadi mangsa namun mendiamkan diri kerana takut untuk melaporkan isu ini kepada pihak atasan.

Pelajar ‘International’ ini merupakan seorang lelaki berbangsa Arab yang berumur lingkungan 30-35 tahun. Hakikatnya, saya juga pernah menjadi salah seorang mangsa yang diminta wang oleh lelaki tersebut. 

Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam dibahagian atas Kafe KPZ, dimana ketika itu saya sedang berjalan sendirian untuk pulang ke blok asrama. Secara tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa arab lalu meminta saya untuk memberikan ‘wallet’. Pelik bukan? Sudahlah tidak kenal kemudian meminta wallet. Saya yang terpinga-pinga bertanya kepada lelaki tersebut untuk apa mahukan wallet saya. Dengan terang dia mahukan wang daripada saya! Saya terpaksa menipu dirinya dengan mengatakan saya tidak mebawa wallet ketika itu. 

Kejadian tersebut membuatkan saya serik untuk berjalan sendirian. Pengajarannya, kepada pelajar wanita diluar sana jangan sesekali berjalan sendirian. Sebaik-baiknya biarlah ditemani oleh rakan-rakan atau bergerak secara berkumpulan. 


*berikut merupakan antara Whatsapp yang diberikan oleh pihak MPP

Setelah seminggu kejadian tersebut berlaku kepada saya, Whatsapp diatas tular kerana ramai yang telah menjadi mangsa kepada pelajar ‘International’ tersebut. Sebagai peringatan, pelajar wanita seharusnya berwaspada dengan keadaan sekeliling. Dalam pada masa yang sama, sebaiknya belajar ilmu mempertahankan diri sebagai persediaan jika berlaku sesuatu yang berbahaya. 

Bahaya berada dimana-mana, jangan panik jika berlaku perkara seperti diperas ugut, dibuli atau sebagainya. Laporkan pada pihak atasan agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan berasa takut untuk menyatakan kebenaran. Sekian. 

Salam penuh prihatin daripada Kolej Pendeta Za'ba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan