Selasa, 21 November 2017
Cabaran Debat Za'ba 2018 Kembali !
Cabaran Debat Za'ba merupakan satu kejohanan debat yang pertama kali diperkenalkan pada 2015 menerusi Karnival Premier Za'ba UKM (KAPREZA) bagi menghimpunkan pendebat-pendebat amatur dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Pertandingan debat kali ini bakal berlangsung dari 9 hingga 11 Mac 2018, anjuran Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada sesi lepas, SMI Al-Amin Gombak mengungguli Cabaran Debat Za'ba 2017 setelah bertanding selama dua hari menentang sekolah-sekolah deripada seluruh negeri. Pasukan debat Bahasa Melayu telah berjaya meraih gelaran JUARA setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di pusingan separuh akhir tetapi tewas di tangan Kolej Tunku Kurshiah.
Dengan bertemakan “Ke Arah Merealisasikan Pelajar yang Berkompeten”, cabaran debat kali ini dilihat merupakan antara peluang cerah kepada pelapis-pelapis muda yang berkeinginan untuk berkecimpung dalam arena perdebatan untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan berintelektual di samping memupuk sifat ketokohan, kepimpinan dan keberanian dalam sanubari generasi anak muda masa kini melalui program seumpama ini.
Jadi, apa tunggu lagi! Jumpa anda MAC ini.
- Salam Pendeta -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PELAWAT
31612

ENTRI POPULAR
-
Kisah pengembaraan in menceritakan tentang pelajar yang ingin mencari 7 perigi misteri yang terdapat di Universiti Kebangsaa...
-
Dikurniakan tubuh badan yang sihat oleh Allah Taala adalah satu nikmat kepada manusia. Dengan nikmat tubuh badan yang sihat ini, ki...
-
"Tak terfikir nak sambung belajar kat luar negara ke?" "Awak ni result tip top tapi dapat belajar kat sini je, kenapa tak ...
-
Mesti ramai yang tertarik dengan tajuk di atas bukan? Mesti pembaca luar nak tahu jugak kan? Bila bercakap pasal hantu mesti dalam be...
-
ISTILAH cinta adalah satu pengertian yang terlalu besar dan luas maknanya. Cinta lahir dari hati yang suci. Cinta juga lahir dari akal da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan