Ahad, 26 November 2017

Ransomware Attack!

                      Hasil carian imej untuk ransomware wanna cry





Kita selalu dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan atau memuat turun sebarang lampiran yang sumbernya kita tidak ketahui.
Ini kerana kebanyakkan pautan atau lampiran itu mengandungi malware yang akan membuka ruang kepada penggodam untuk mencuri maklumat dari komputer kita atau paling terbaru ialah ransomware.
Kejadian ransomware besar-besaran telah berlaku 12 Mei 2017 , pukul 2 petang waktu tempatan menjejaskan lebih dari 45,000 pengguna di 74 negara.
                      i.img
Dalam dua hari, serangan ini telah berjaya membuat dunia menangis dan pada ketika ini sudah 200,000 komputer di dunia terjejas. Antara yang terjejas ialah National Hospital Service (NHS) di England, dan Syarikat Telekomunikasi Sepanyol, Telefonica.
Ransomware yang dipanggil ‘WannaCry’ itu dikatakan telah dibangunkan oleh NSA Amerika Syarikat.Apabila komputer anda diserang virus ini, adan harus membayar wang tebusan sebanyak USD300 dalam bentuk mata wang Bitcoin.
Ransomware itu akan memanfaatkan kelemahan di dalam sistem Microsoft yang telah dikenalpasti oleh agensi itu sebagai EternalBlue.
Program itu dikatakan dicuri oleh kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai The Shadow Brokers dan cuba menjualnya di pasaran gelap.
Tetapi jangan risau, serangan virus ini dilaporkan sempat dilumpuhkan untuk peranti mudah alih Android dan iOS. Tiada lagi peranti telefon yang dilaporkan terkena infeksi virus tersebut setakat ini. Mengikut jangkaan WannaCry 2.0 tidak boleh dimatikan. Jadi berhati-hatilah ketika membuka pautan yang tidak sepatutnya.
Baru-baru ini diberitakan virus ini sudah mula merebak ke negara jiran kita, Indonesia.
Menurut Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia, Menkominfo Rudiantara “Malware ini tidak menyerang smartphone, serangan hanya memfokuskan kepada komputer dengan sistem operasi Windows versi 2010 ke bawah atau sebelumnya”
Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS) juga, C.F Fong berkata salah seorang dari syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.
Malware yang telah dijangkiti tersebut merupakan versi awal WannaCry, kata Fong. Serangan ramsomware bermula pada bulan Mei lepas. “Kami anggarkan akan ada kes berkenaan serangan virus ini dalam masa terdekat, tetapi kami harapkan ianya tidak berlaku” katanya awal pagi ini.
“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.
Beliau berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.
                     Hasil carian imej untuk ransomware wanna cry
sumber :-sumber1sumber2 ,sumber 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan