Rabu, 1 November 2017

Tips Survival di Universiti Agar Tidak Kebuluran



1. Tahu dan fahami latar belakang diri sendiri

Ini adalah perkara yang paling penting bagi seorang pelajar universiti iaitu tahu dan fahami latar belakang diri sendiri. Kenali diri sendiri, adakah anda daripada keluarga yang kaya, sederhana atau berpendapatan rendah, adakah ibu bapa masih ada, berapa jumlah adik beradik, anda adik beradik yang keberapa, adakah yuran pengajian anda ditanggung oleh biasiswa, pinjaman PTPTN atau tanggungan penuh oleh ibu bapa, adakah ibu anda boleh mengirimkan duit belanja setiap bulan atau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada duit biasiswa atau pinjaman dan lain2 lagi.

Bagi yang mak bapak masih boleh menanggung duit belanja anak pasti takde rasa sesak sangat tapi bagi pelajar yang datang daripada keluarga yang susah atau mungkin anak yatim piatu, pasti akan merasai kesusahannya. Maka sebab itu perkara pertama yang perlu kita tahu adalah siapa diri kita?



Sumber Sinar Harian: 18,675 mahasiswa tidak berduit untuk makan

2. Belajar membuat perancangan dan pengurusan kewangan

Biasanya kita belajar untuk merancang dan menguruskan kewangan kita hanya apabila kita sudah bekerja, kerana apa? Kerana kita tahu duit tu kita perolehi sendiri hasil titik peluh keringat kita, walaupun kadang2 kerja dalam office ber'air-cond' takde berpeluh mana pun. Waktu belajar dulu kita mana nak rancang dan uruskan kewangan kita sebab duit tu tau2 dah ada bila biasiswa/pinjaman dan masuk atau mak bapak kita masukkan duit.

Sebab tu pelajar zaman sekarang dah kena belajar buat perancangan dan pengurusan kewangan mereka. Rancang apa yang perlu beli, catat perbelanjaan harian, buat anggaran secara purata berapa hari kita boleh belanja dalam sehari berdasarkan jumlah duit yang kita ada, seperti contoh lepas kita dah tolak semua barang keperluan yang perlu kita beli seperti buku, alat tulis dan sebagainya, baki tinggal RM1,200 untuk 4 bulan. Jika dikira RM1,200 / 120 hari (4 bulan) = RM10, maka anggaran perbelanjaan kita untuk makan minum adalah RM10 sehari.

3. Kenalpasti keperluan, kemahuan dan kemampuan

Benda ni memang bermasalah sikit sebab kadang2 kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kita perlu, mahu dan mampu. Cuma apabila kita merasakan suatu barang itu kita perlu dan mahu, kita perlulah cari barang tersebut dengan harga yang benar2 kita mampu. Seperti contoh jika kita rasakan kita perlu dan mahu beli smartphone, dan jika kita semak balik dalam perancangan kewangan kita hanya mampu membeli smartphone yang berharga RM500 ke bawah, maka belilah smartphone yang brand dan model2 biasa sahaja seperti jenama Huawei, Asus, Lenovo, Xiomi Redmi dan sebagainya. Janganlah pula beli iPhone 6s semata2 nak nampak hebat di kalangan student. Itu bukan hebat, itu bodoh namanya.

Kalau yang mak bapak bagi kereta, pakai je kereta tak perlu tukar dan beli aksesori itu ini. Kalau mak bapak bagi motor, pakai je motor tu apa yang ada tak payah gatal2 guna duit PTPTN pergi tukar sportrim atau korek blok. Kalau mak bapak cuma mampu belikan basikal je, pakai je basikal tu jangan nak demand macam2. Kalau mak bapak tak mampu nak bagi apa2 kenderaan, naik sahaja shuttle bas yang percuma tu atau jalan kaki sahaja. Jangan risau, takde awek pun yang nak gelakkan budak lelaki yang pergi kuliah jalan kaki atau naik bas dari tahun 1 sampai tahun akhir, sebab diorang sendiri pun sama je keadaannya dengan budak lelaki.

4. Kawal diri daripada terlibat dalam aktiviti menghabiskan duit

Perkara pertama yang korang kena faham adalah segala biasiswa atau pinjaman untuk pengajian tinggi adalah untuk bayar yuran dan perbelanjaan sepanjang pengajian sahaja. Ia bukan untuk benda lain, termasuk bagi kepada ibu bapa atau adik beradik lain, sebab aku ada terbaca kisah yang ada student bagi duit pinjaman PTPTN kepada ibu bapanya di kampung. Ya, memang kenyataan aku agak kejam sikit, tapi itulah hakikatnya di mana duit loan atau biasiswa adalah supaya kita tak perlu meminta2 lagi duit perbelanjaan daripada ibu bapa kita, dan ibu bapa perlu faham akan perkara ini.

Anak tu tak bekerja lagi, duit pun pinjam kat PTPTN bukan duit dia pun. Sebagai ibu bapa kita kena cakap kat anak tak perlu bagi duit kat kita, guna je duit tu untuk belajar, kalau nak bagi duit kat kita juga tunggu lepas kerja nanti dengan duit hasil titik peluh sendiri bukan duit hasil pinjam PTPTN. Kalau nak bagi duit juga pada ibu bapa, buat kerja part-time lepas tu kirimlah duit gaji tu pada ibu bapa.

Sebagai seorang pelajar, adalah penting untuk kawal diri daripada terlibat dalam apa2 aktiviti yang menghabiskan duit, seperti tonton wayang, shopping, karaoke, main bowling, snooker dan sebagainya. Bukan tak boleh, tapi kawal. Rokok atau vape juga tak perlu beli pun, buang masa, buang tabiat, buang kesihatan, buang duit. Lebih baik duit yang ada buat beli makanan yang mengenyangkan berbanding beli asap. Jauhkan diri daripada terlibat dengan apa2 yang tak berfaedah dan merosakkan seperti disko, kelab malam, strip club, dadah, ganja, mat rempit dan lain2. 

Kalau rasa duit biasiswa/pinjaman tak cukup untuk perbelanjaan, atau rasa nak bantu ibu bapa atau keluarga di kampung, buatlah kerja part-time waktu tempoh pembelajaran ataupun sewaktu cuti semester seperti kerja kat kafe, tukang cuci tandas, kedai buku, kedai runcit, restoran makanan segera, menulis novel, menjual lukisan dan sebagainya asalkan ianya halal, tak mengganggu pelajaran dan kita tak perlu keluarkan duit seperti MLM.

Ingat, masa belajar jangan sekali2 join MLM. Ketahuilah yang MLM tu bukan kerja part-time pun sebab kau kena keluarkan duit kau dulu yang bukan duit kau pun tapi duit kau pinjam, malah kau bukan sahaja akan hilang duit malah hilang kawan. 

Dan aku tak nasihatkan korang buat bisnes masa tengah belajar sebab benda tu perlukan modal, melainkan kau ada sumber modal yang lain yang tak mengganggu duit pinjaman/biasiswa kau atau keluarga kau memang kaya atau berduit untuk sumbang modal.

5. Jadikan belajar di universiti pengalaman yang menggembirakan

Tips yang terakhir, walau apa pun yang berlaku, jadikanlah saat kau belajar di universiti itu suatu pengalaman yang menggembirakan. Sebagai seorang student universiti, kau berhak untuk rasa gembira. Usah jadikan saat kau belajar di universiti suatu yang memeritkan atau menyedihkan. Maka jika anda melalui saat2 getir yang perit dan sedih seperti lapar dan kebuluran, ubahnya menjadi suatu pengalaman dan proses pembelajaran tentang kehidupan yang menggembirakan, pasti kau akan mendapat jalan.

Kadang2 nak survive memang terpaksalah buat macam2 benda untuk survive walaupun benda tu agak perit, namun percayalah, benda2 inilah sebenarnya suatu pengalaman yang menggembirakan kerana ia banyak mengajar kita erti kehidupan yang boleh kita jadikan panduan di masa akan datang nanti terutama setelah kita melangkah ke alam pekerjaan dan juga rumahtangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan