Isnin, 27 November 2017

15 Buku Mampu Buat Anda Meremang !

15 BUKU MAMPU BUAT ANDA MEREMANG


Seleksi 15 buku yang mampu buat anda seram sejuk & meremang. Memang tegak bulu roma. Kisah pembunuhan sadistik, psiko, kematian, misteri kelihangan, pencabulan, makhluk dari dimensi lain dan aktiviti paranormal.  Untuk lebih penghayatan, pastikan anda baca seorang diri pada waktu malam. Itu pun kalau anda berani

#1 – Seram: Sebuah Antalogi –  Nur Mayani, Shah Othman, Suz Liz
Titik permulaan kepada sesuatu yang bakal menggegarkan minda.
Awak, Dalam dunia ni bukan ada manusia je…Tau? Seram, adakah ia hanya menyeramkan apabila kita berhadapan dengan hantu? Atau, adakah seram jika hantu berhadapan dengan kita? Seram bukan hanya perasaan, ia juga boleh dirasai oleh jiwa. Kalau jumpa hantu tak cukup seram, mungkin kita sendiri yang perlu jadi hantu tu. Mungkin hantu ada di sekeliling kita sahaja? Terdapat 20 kisah dalam buku ni mencoretkan kisah seram hasil karya 20 orang penulis tempatan kita. 20 cerpen seram, sebagai starter untuk anda membaca buku seram yang lain.

 #2 – #CeritaSeram – #3 Syaitan

 
Apa yang akan anda buat apabila melihat makhluk dari dimensi lain? Untuk anda yang takut, buku ini memang untuk anda sebagai latihan sebelum melihat mereka di hadapan mata. . Untuk yang tidak takut dan sukakan imagines makhluk begins, buku ini terbaik utk anda!
“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.
“Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!” pemuda tadi separa tinggi nadanya. “Apa yang kau nampak? Kat mana?” Bob mula bertanya. “Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buka mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang”.

      #3 – Kelibat Setan – Yoana Dianika

 
Buku ini mempunyai 2 bahagian, yang pertama; Novella Kelibat. Penceritaan ala filem serem indonesia dan thailand, akan timbul mood ngeri apabila membaca. Penulis menyelitkan sedikit unsur sejarah, menambahkan lagi rencah cerita ini. Ceritanya di bahagikan mengikut tajuk kecil, mudah bagi pembaca memahami plot. Kisah Yudha, Elisa, dan Dewa yang bertemu di Villa Andaru. Bagi Yudha, udara nyaman di pergunungan ini amat sesuai untuk kesihatan paru-parunya. Cuma apabila malam menjelang, rasa seram mula meresap. Untuk Elisa, setahun yang alu, kakak yang sangat disayanginya menghilang tanpa kabar. Satu-satunya petunjuk yang ada hanyalah lokasi terakhirnya; senuah telaga – tempat Elisa mencarinya sekarang. Dan Dewa pula, setelah kecelakaan itu, dia merasakan yang dirinya terikat pada Elisa. Dan ada bisikan-bisikan jahat. Bisikan yang mencurigakan. Mereka bertiga bertemu di Villa Andaru. Tempat yang membawa mereka kepada sebuah petaka.
Bahagian kedua ialah Permainan Syaitan. Bagi Rane, Devina, Rhodeo, Nanda, dan Abhirama permainan seperti itu hanyalah cakap kosong. Lima bersahabat sahabat itu menganggap ia hanyalah permainan untuk menakutkan budak-budak, mengisi waktu luang, atau menghilangkan rasa bosan. Namun, kini Rane tidak begitu pasti akan tanggapan itu. Apabila satu per satu cerita seram mereka menjelma nyata, dan nyawa menjadi taruhan.

#4 – Badut – Marisa Jaya, Dwi Ratih Ramadan, Rizky Noviyanti

  

Terbitan ini adalah versi Bahasa Malaysia untuk novel Indonesia BADUT OYEN (2014). Kisah dalam novel ini akan membuatkan anda melihat badut dengan pandingen berbeza. Desebalik make-up yang dipakai, beduidt juga manusia biasa. Oyen, si badut kampung yang terkenal, telah ditemui mati menggantung diri di biliknya. Tidak seorang pun yang percaya, lelaki baik dan periang seperti Oyen sanggup mencabut nyawanya sendiri.
Pihak polis berusaha menyiasat kes itu dan mula membongkar banyak misteri berkaitan kematian lelaki itu. Tetapi, ketika suspek utama mereka juga ditemui mati dalam keadaan ngeri, siasatan itu kembali menemui jalan buntu. Kematian Oyen seakan tiada jawapannya.
Malah, sejak itu kampung itu mula dirasuk hantu badut yang selalu mengganggu kanak-kanak dan seterusnya mula meminta korban.

#5 – Transgenesis –  Amir Husaini

 
Kisah seram, dendam dan sadistik yang diolah dengan pengetahuan saintifik ini, nemawarkan jalan cerita yang baik; seram, thrill dan mendebarkan!  Kisah subjek yang ingin menuntut bela ke atas penciptanya. Penulis membuka cerita bermula dengan teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia yang ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam. Walaupun pada awalnya, pembaca mungkin terbayangkan cerita Dawn of The Planet of The Apes, namun, jalan cerita dan plot yang di tawarkan oleh penulis adalah original, ia satu proses pembacaan yang mendebarkan, sebagaimana anda menonton filem thriller!

      #6 – Ranggau – Ramlee Awang Mursyid


Buku ini menawarkan unsur seram, misteri, thriller dan spike dalam satu plot cerita yang berkembang. Ia menceritakan satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat. Jalan ceritanya boleh diangkat setara dengan novel thriller peringkat antarabangsa!

      #7- Rosmoh Perempuan Puaka –  Naufal Tarmizi

 
Jalan cerita menarik, dan ada nilai nostalgia bagi rakyat malaysia, berkenaan hantu kom-kom yang pernah popular kaman 90-an dahulu. Selepas anda baca buku ini, jangan terus pergi bilik air tengok termin, ya. Walaupun plot yang dipilih tidak kompleks, tetapi penulis bijak memasukkan plot twist.
Ia kisah Rosmah dan tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa. Mereka jadi gila. Semua jadi histeria. Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dilungai. ‘Hantu Wanita Berpurdah’ terus menjadikan anak dara sebagai korban. Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

      #8 – Gantung – Nadia Khan


Novel ini mempunyai gabungan seram, psiko, misteri dan pesahabatan. Watak dalam kisah ini beget hidup, hingga kebanyakkan pembaca merasakan mereka masuk ke dalam cerita ini. Hingga habis membaca pun, anda masih tidak dapat ‘keluar’ dari dunia watak watak ini. Ia berkisar tentang empat remaja sekolah Gibbs, Ray, KJ dan Troll yang bersekolah di sekolah elit bernama Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang. Mereka berempat mencipta Musketeer Code – peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. Sehinggalah peraturan itu dilanggar dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. 
 #9 – Gelap – Ariff Adly

 
Watak utama dalam cerita ini menggambarkan seorang psychopath yang seterusnya mendominasi setiap plot yang ada. Ada kematian, unsur sadistik dan misteri di olah dalam jalan cerita. Ia berkenaan sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. Private party setiap tahun sudah menjadi satu tradisi. Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang. Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

      #10 – Kacau – Ariff Adly

 
Novel ini adalah novel genre psiko, suspense, seram, paranormal dan mistik. Kesemua unsur ini berjaya dihidupkan oleh penulis. Pemilihan tempat dalam plot utama cerita ini, diantaranya bangunan tinggal, memang berjaya menghidupkan elemen seram. Lepas baca, ambil masa sedikit untuk tidak tinggal di rumah seorang diri, ya! Kami berikan sedikit teaser konten novel ini:
“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku. “Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat. “Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya. Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah. “Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak. “Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku. “Okay!” “One, two… three!”
#11 – Nota – Shaz Johar

Cerita sadistik, thrill dan psiko diceritakan dengan baik dengan tahap perkembangan cerita yang tidak terlalu lambat atau laju. Plot menarik, dan wataknya begitu hidup dan pasti meninggalkan kepuasan dan kesan pada pembaca. Kisah seorang novelis, dalam mneghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.

#12 – Horror Stories – Tunku Halim

Novel berbahasa inggeris, menceritakan cerita seram yang original, yang mana penulis menggunakan pengalaman peribadi dan kenalan. Novel ini juga memperkenalkan sisi baru kepada genre seram. Seram tidak sepenuhnya bermaksud mistik, paranormal semata mata. Compilais cerita seram yang menyentuh berkenaan rogol dan seks luar norma.
Cerita cerita ini menimbulkan ketakutan, kengerian, jijik dan trauma. ‘New form of horror’
 #13 – Mereka – Ariff Adly

 
Untuk novel ini, kami sertakan sebahagian dialog sebagai teaser:
“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas. Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar. Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya.
“Ada orang kat dalam ke?” Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi. “Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?” Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti. “Cik? Cik okay ke?
Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”
Ah, ni sial.

  #14 – A Malaysian Restaurant in London, Tun. Halim

 


Novel berbahasa inggeris, sekali lagi karya Tunku Halim. Pemilihan tajuk yang berjaya memancing pembaca untuk terus mendapatkan buku ini. Penulis juga bijak menyusun plot, dan menjadikan pembaca dapat menikmati perkembangan jalan cerita dengan baik. Kisah ini mempunyai kombinasi unsur misteri, seram, kematian, misteri, percintaan dan psiko. Kisah antara Kenny Leong, Trevor dan Faizah mendominasi plot cerita dan di selitkan suasana lokal yang tidak asing bagi rakyat malaysia. Penulis bijak bermain dengan ruang masa. Cerita ini pasti akan mengikat anda sehingga ke halaman terakhir.

     #15 – Trilogi Ajaib (#1 Ajaib, #2 Awan #3 Aksara)

 

Trilogi ini mesti dilengkapkan dari siri pertaman hingga ketiga.  Plot cerita ini akan membawa anda terbang ke zaman persekolahan. Didominasi genre misteri, dan paranormal, sekaligus memberi nuansa seram.Kisah searing remaja bernama Izaq, berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB. Apa yang dikatakan AJAIB inilah yang perlu di teroka oleh pembaca. Izas perlu melalui hidup seperti orang dews apabila kerap di temani entita AJAIB ini. Perkembangan plot ini membawa kepada buku kedua; AWAN. Watak dominan yang baru, Izwan  muncul untuk buku ke tiga; AKSARA. Keseluruhannya, trilogi ini mempunyai unsur persahabatan dan kasih sayang adik beradik yang harmoni. Ia memberi kesan emosi kepada pembaca; kerana ia begitu dekat dengan hidup kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan