Ahad, 5 November 2017

"OPS BAS MPP" : LALUAN BARU BAS KIFFAH




PERBINCANGAN AKHIR ANTARA PIHAK MPP DAN PIHAK BAS KIFFAH.
Selepas beberapa siri pertemuan, perbincangan dan ujian perjalanan bas dibuat, laluan bas telah disahkan. Pada Jumaat (13/10/2017), mesyuarat akhir bersama MPP telah diadakan untuk memutuskan laluan bas Kiffah yang sebenar. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Puan Bendahari UKM yang dihadiri oleh pihak pentadbiran UKM, pihak Unit Kenderaan, pihak Kiffah dan MPP Aspirasi.
Setelah mengambil kira catatan masa-pusingan bas dan input drp MPP (daripada maklumbalas pelajar), mesyuarat memutuskan bahawa laluan bas Zon 3 TIDAK AKAN BERUBAH. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perubahan dari segi laluan bas Zon 2 dan Zon 6:

1) Bas Zon 2 akan turut melalui Fakulti Undang-Undang (FUU)
2) Bas Zon 6 akan dipecahkan kepada dua laluan yang berbeza, iaitu zon 6A dan 6B
3) Laluan bas di belakang Pusanika untuk kesemua zon akan ditutup sepenuhnya kerana Zon Tanpa Kenderaan akan dikuatkuasakan sedikit masa lagi (input drp ukm).

Berikut merupakan laluan bas Kiffah yang telah dimuktamadkan di dalam perbincangan.

BAS ZON 3 :
KKM-DG-KRK-KDO-FSSK-PUSANIKA-PTSL-KAB-FST-KIY-PK-PPBL-FKAB-FTSM-PPA-FUU-PPA-FKAB-PPBL-DECTAR-PANGGUNG SENI-KRK-DG-KKM
BAS ZON 2 :
KPZ-FTSM-PPA-FUU-PPA-FTSM-FKAB-PPBL-DECTAR-PANGGUNG SENI-KDO-KRK-DANAU-DG-KRK-KDO-FSSK-PUSANIKA-PTSL-KAB-FST-KIY-PK-PPBL-FKAB-FTSM-KPZ
BAS ZON 6A :
KTM-KKM-DG-KRK-KDO-FSSK-PTSL-KAB-FST-KIY-PK-KTM
BAS ZON 6B :
KTM-KPZ-FTSM-FKAB-PPBL-DECTAR-PANGGUNG SENI-KDO-FSSK-PTSL-KAB-FST-KIY-PK-KTM

Untuk makluman semua, laluan baru ini akan berkuatkuasa pada hari Isnin (23/10/2017) selepas cuti pertengahan semester berakhir.
MPP Aspirasi akan sentiasa berusaha memperjuangkan suara dan kebajikan mahasiswa dari segenap aspek. Setiap aduan yang diterima baik telah dibincangkan untuk kebaikan bersama.
Jika terdapat sebarang aduan yang berbangkit mengenai isu bas, mahasiswa diminta untuk menyalurkan aduan menggunakan medium yang betul seperti sistem eFact dan juga melalui MPP Aspirasi.
-Salam MPP Aspirasi Prihatin-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan