Isnin, 6 November 2017

Tips Belajar Untuk Dapat Dekan Dengan Bergaya Supaya Ramai Yang Jeles



1)NIAT
Takde apa yang boleh kita teruskan tanpa ada niat. Setiap apa yang kita buat, mestilah ada NIAT yang betul ye. InsyaALLAH, untuk jangka hayat yang seterusnya, hidup kita diberkati ALLAH. Amin.

2)BELAJAR
Ye memang ada manusia yang ALLAH bagi kelebihan kat dia, bila mana dia belajar satu malam je, dia dapat ingat semua menda. Ada manusia yang ALLAH bagi kelebihan tu. Tapi, ALLAH tak bagi kat kita. hehehe. ALLAH ada bagi kelebihan lain kat kita. Jadinya, memandangkan kita ni jenis bila belajar baru dapat, so belajar lah lebih sedikit. oooo bukan sedikit, belajarlah lebih banyak.

3)BUAT ASSIGNMENT DENGAN BERSUNGGUH
Ramai yang duk complain eseimen berlambak2. Kita mahasiswa tauu, kalau setakat nak kerja rumah satu page, baik tak yang jadi mahasiswa. Kita ni dah level tinggi. Upgrade sikittt beb. So, bila kita dapat eseimen...  JANGAN BUAT ALAR KADAR. hehehe. Betul, kalau kita buat eseimen betul2.. bila kita faham, kita automatik tau akan buat lebih sikit dari apa yang lect mintak.. I bet! you will get more than what you expect! markah eseimen le mmg penting.

4)DOA MAK AYAH
Siapa kita tanpa mak ayah. Jadinya, mintak mak ayah doakan, tapi jangan bila nak exam baru pandai call mak ayah. Silap lah tu.. Dah macam mana nak berkat belajar. So, pastkan seminggu sekali MESTI call diorang. Tnya khabar je pun, bukan susah kan. Call bf/gf boleh, kenapa mak ayah tak boleh?

5)YOU KNOW WHAT YOU HAVE TO DO.
Banyak manalah saya bagi tips pun, tapi kalau tak melekat.. takde guna jugak. Kadang-kadang kita ni manusia memang banyak kelemahan. Banyak buat silap, tapi kalau tiap2 kali buat salah, sape tak jemu kan? Kalau kita dah pernah rasa gagal dulu.. tak kan nak gagal lagi. Kita nak sangat mende tu, so kita akan IKHTIAR & BERUSAHA untuk ke arah tu. Jadinya, cukup dengan DUIT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan